LOKASI



PANDUAN PERJALANAN MENGGUNAKAN LEBUH RAYA UTARA - SELATAN (DARI ARAH KUALA LUMPUIR)



  • Pandu kenderaan ke arah utara menghala ke SUNGKAI.
  • PERHATIAN - Selepas melepasi RNR BEHRANG dan menghampiri papan tanda seperti di bawah, pastikan had laju kenderaan tidak melebihi 110 km/j kerana terdapat kamera AES dalam jarak 1 km daripada papan tanda tersebut.
  • Keluar ke Plaza Tol SUNGKAI.
  • Sebaik melepasi Plaza Tol Sungkai, anda akan bertemu simpang tiga, belok kanan ke arah pekan SUNGKAI. Teruskan perjalanan.
  • Kira-kira 10km perjalanan, anda akan bertemu simpang tiga berlampu isyarat, belok kiri ke arah TELUK INTAN / LUMUT.
  • Teruskan perjalanan melepasi kawasan lombong / tasik sepanjang kira-kira 3km. Anda akan bertemu simpang tiga berlampu isyarat. Belok kiri ke arah TELUK INTAN / LUMUT.
  • Anda akan menemui papan tanda pertama yang menunjukkan arah ke PLGDP SUNGAI BULOH.

  • Teruskan perjalanan sehingga anda menemui papan tanda kedua yang menunjukkan arah ke kiri. Belok kiri di hadapan dan melalui bangunan BAZAAR NANAS KAMPUNG SELABAK di sebelah kanan.
  • Teruskan perjalanan sehingga menemui papan tanda ketiga. Perjalanan diteruskan lagi sehingga menemui simpang tiga berlampu isyarat berdekatan HOTEL GRAND COURT di sebelah kiri. Belok kiri dan teruskan perjalanan.
  • Apabila anda melepasi SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN di sebelah kiri, bermakna destinasi anda terletak lebih kurang 1.5km di hadapan.
  • Sila bersedia untuk belok ke kanan apabila anda melihat SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH di sebelah kanan.
  • Terdapat PINTU GERBANG SUNGAI EPIL di sebelah kanan sekolah tersebut. Teruskan perjalanan melalui pintu gerbang tersebut dan destinasi anda terdapat di sebelah kiri laluan tersebut.

SELAMAT DATANG








Tiada ulasan:

Catat Ulasan