FASILITI PEMBELAJARAN

PLGDP Zon Tengah mempunyai sebuah dewan kuliah berhawa dingin di aras satu yang merupakan gabungan Bilik Kuliah Nilam (1) dan Bilik Kuliah Rubi (2) dan berkapasiti di bawah 100 orang. Selain itu terdapat dua buah bilik kuliah berhawa dingin yang berada di aras dua iaitu Bilik Kuliah Intan (3) dan Bilik Kuliah Baiduri (4). Keduanya berkapasiti di antara 25 ke 30 orang setiap satu. Kesemua dewan kuliah ini terletak di Blok Zamrud (B).

Antara kemudahan dan peralatan yang disediakan di dewan/kuliah adalah;

1. Kerusi jenis armchair (kusyen) 
2. Meja jenis 'banquet' berlapik
3. Projektor LCD bina dalam (built in) atau mudah alih (portable)
4. Sistem siaraya (di Dewan Kuliah)
5. Papan putih (white board)
6. Rostrum





Selain itu, PLGDP Zon Tengah turut mempunyai sebuah Makmal Bahasa MBMMBI yang mempunyai 24 set komputer berinternet untuk peserta kursus dan sebuah komputer berinternet untuk penceramah/pensyarah/fasilitator. Makmal ini dilengkapi dengan sistem pengurusan secara digital, sebuah projektor LCD dan sebuah papan putih interaktif (interactive white board).


PLGDP Zon Tengah turut mempunyai gelanggang permainan dan beberapa peralatan permainan seperti ping pong, bola sepak, bola raga dan badminton. Jika ada keperluan, padang sekolah bersebelahan iaitu SK Sungai Buloh boleh digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan